4:34 PM

Aktiviti 2: Rekabentuk Pengajaran - Model Prototaip Pantas (Rapid Prototyping Model)


Model Prototaip Pantas

Proses pembangunan bagi Rekabentuk Berarahan mempunyai cara yang sama seperti cara yang digunakan dalam rekabentuk sistem. Pereka sistem komputer secara tradisinya mencipta sistem melalui kaedah linear yang berdasarkan keperluan yang telah ditakrifkan terlebih dahulu dan ini serupa juga dengan proses Rekabentuk Berarahan yang dimaksudkan.

Selama bertahun-tahun, perkabentuk komputer telah mempelajari pembangunan prototaip dalam skala yang kecil di peringkat permulaan kewujudan proses perancangan. Selepas itu, tiap prototaip atau model yang dikaji telah diterokai, dikembang, diujiguna dan dinilai semula dalam usaha mendapatkan keperluan-keperluan yang mampu ditangani apabila sistem yang lebih besar dibangunkan kelak. Model terbaru dan yang telah diujiguna juga disaring dan diperbetulkan sehingga ianya benar-benar berkemampuan untuk beroperasi secara cekap dan dipercayai. Maka inilah yang dinamakan Prototaip pantas (Rapid prototype).

Kelebihan utama proses ini adalah ianya membenarkan sistem yang telah dibangunkan dapat diuji pada peringkat permulaan dimana ketika itu kos pengeluaran adalah kecil dan sebarang perubahan amat mudah dilaksana atau ditokok tambah. Pemegang saham yang terdiri daripada penaja projek, pengguna, perekacipta dan pembangun telah menjadi sebahagian pasukan yang bertanggungjawab dan berusaha memajukan apa yang dibangunkannya. Proses berulang-ulang bagi rekacipta dan penilaian akan meghasilkan produk yang berupaya memuaskan keperluan semua yang terbabit.

Menurut Tripp dan Brickelmeyer (1990), rekabentuk sistem pengajaran tradisional adalah menyentuh tentang keberkesanan sesuatu hasil yang dibangunkan berbandingkan kecekapan proses. Mereka percaya prototaip pantas merupakan jawapan kepada kecekapan sistem dan lebih dari itu, ia juga dapat menjawab bagaimana penyelesaian masalah dapat dicapai atau diperolehi secara bukan linear.

Rajah 1: Generik bagi proses prototaip pantas

Pertindihan kotak pada rajah menunjukkan proses-proses pada model tidak mencerminkan ianya berada pada aliran linear bahkan analisa keperluan dan kandungan amat bergantung kepada keputusan yang diperolehi dari peringkat pembinaan dan pengujian prototaip. Hakikatnya, penggunaan model prototaip
pantas bagi dijadikan medium pengajaran mestilah mengandungi satu sifat bercorak modular iaitu setiap segmen dalam unit pengajaran boleh dibuang tanpa menjejaskan segmen yang lain sepertimana sifat plasticity supaya sebarang perubahan pada aspek tertentu pada unit pengajaran baru boleh dibuat dengan kesan yang kecil pada sumber sediada iaitu masa dan kos. Hasil dari analisa sebelum-selepas menjadi input bagi strategi rekabentuk berarahan. Output dari rekabentuk menjadi input untuk strategi pembangunan. Output dari pembangunan telah dinilai dan menjadi input kepada proses rekacipta.

Risiko Dalam Penggunaan Model Prototaip Pantas.

Sebagaimana model dalam rekaan, terdapat beberapa risiko dalam penggunaan prototaip pantas. Kedah ini tidak difahami oleh pembina dan juga pelanggan sehingga menyebabkan pengulangkajian secara gelungan yang tiada kesudahan penamatnya. Ini boleh diselesaikan jika ada persetujuan bersama antara pemegang saham atas rangka masa bagi proses pembangunan ICT. Pada waktu yang sama, terdapat juga risiko awal secara pra-matang dimana pembina dan pemegang saham menggunakan model prototaip pantas keatas beberapa elemen dan fungsi sesuatu sistem sehingga meninggalkan “rasa dan lihat” keatas keseluruhan sistem yang menjadi sebahagian dan keseluruhan bentuk kebanyakan model ID. Pakar yang berkemahiran tentang kepentingan subjek perlu menjadi kreatif dan mudah sesuai kepada kehendak pelanggan yang kadangkala memaksa mereka membuat keputusan bertentangan dengan kefahaman dalam kepentingan subjek. Akhirnya,
model prototaip pantas akan bertembung dengan pengurusan projek dan keperluan yang dijalankan secara tradisional. Penggunaan model prototaip pantas kadangkala akan menggalakkan kaedah rekabentuk tidak formal yang boleh menyebabkan lebih banyak masalah untuk diselesaikan. Pilihan terhadap penggunaan
prototaip pantas bergantung kepada matlamat dan konteks pembangunan bagi bahan pengajaran.

Kenapa kita melakukannya?

Satu sebabnya adalah membabitkan proses yang menjelaskan akan kepentingan semua pemegang saham. Dengan membabitkan mereka pada peringkat awal proses, keperluan pemegang saham boleh dikenalpasti pada penghujung proses merekabentuk. Perhubungan ini akan meningkatkan kreativiti semasa proses perekaciptaan dan mengurangkan kesilapan pada produk akhir. Prototaip pantas juga meningkatkan pembolehgunaan rekacipta yang mana pengguna terlibat sama dalam keseluruhan rekabentuk dan proses pembangunan. Pada waktu yang sama, prototaip pantas menggalakkan penciptaan lebih hebat dalam kreativiti disebabkan maklumbalas segera dari pelanggan. Prototaip pantas juga mengurangkan kitar masa bagi salingkait antara proses rekacipta, pembangunan dan penilaian.

Kesimpulan

Bergantung kepada konteks pembangunan, pembuatan prototaip boleh mengurangkan kos bagi pembangunan produk ICT dalam bentuk sistem atau pembelajaran berasaskan multimedia, pendidikan dan bahan pembelajaran. Bagaimanapun, terdapat risiko ketika model digunakan sebagai rekacipta dan pendidikan secara teori dan prinsip diketepikan untuk memenuhi kehendak pemegang saham. Tanggungjawab terletak pada pereka pengajaran yang sepatutnya tahu pelanggan mereka dan objektif-objektif dalam mencipta produk.

1 comments:

Unknown said...

tq 4 this information....
nak tanye ckit...
model prototaip & model RAD sama ke????

Post a Comment