4:35 PM

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 1

Tajuk Artikel :  

REKA BENTUK DAN PEMBINAAN PERSONALIZED LEARNING COURSEWARE BERASASKAN KONSEP OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL BAGI PEMBELAJARAN ANIMASI DAN RANGKAIAN KOMPUTER

Penyelidik:

Siti Nor Rahimah Mohd Nor (ct_nra@yahoo.com),
Nur Hafiza binti Ahmad Shukri (fieysza_84@yahoo.com),
Zaidatun binti Tasir (zaidatun@gmail.com)

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia


ULASAN

Dalam kajian ini pengkaji telah membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi topik Rangkaian Komputer menggunakan pendekatan Objek Pembelajaran Digital (OPD). Difahamkan penghasilan bahan pengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Pengkaji menggunakan pendekatan OPD kerana:

  • masa dan kos dapat dijimatkan
  • boleh menjadi salah satu sumber untuk menyokong pembelajaran kerana ia mempunyai ciri-ciri yang sangat efektif seperti kebolehgunaan semula, pakej pembelajaran yang kecil, interaktif dan merupakan pembelajaran yang bermakna. 
  • Pakej-pakej pembelajaran yang kecil ini dapat digabung menjadi satu pakej yang besar. 
Dalam tulisannya, pengkaji berpendapat bahawa melalui perisian yang dibina, pelajar boleh memilih topik yang ingin dipelajarinya berdasarkan OPD yang disediakan. Setelah membuat pilihan topik, pelajar secara tidak langsung telah membina menu yang terdiri daripada topik-topik yang hanya ingin dipelajarinya sahaja. Dengan itu, pelajar akan lebih fokus kepada apa yang ingin dipelajarinya.

Selain itu,di dalam setiap topik, pelajar akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, permainan dan juga kuiz berperingkat. Perisian ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Animasi Komputer dan Rangkaian Komputer.

Pengkaji telah membangunkan perisian ini dengan menggunakan perisian pengarangan Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan yang lain, Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8 dan Ulead Gif Animator. Perisian ini berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin membangun.

Jika kita lihat kepada perkembangan teknologi maklumat & komunikasi di Malaysia sendiri, kita dapat lihat dengan jelas bahawa teknologi multimedia dan teknologi internet merupakan dua teknologi yang semakin mendominasi setiap aspek kehidupan manusia masa kini termasuklah dalam bidang pendidikan. Pendidikan era digital memerlukan seseorang pendidik yang mampu serta berkemahiran untuk memanfaatkan teknologi tersebut dengan bijak bagi menghasilkan proses P&P yang lebih berkesan. Justeru, dengan adanya kajian-kajian dan pembangunan perisian seperti ini pasti akan membantu golongan pendidik dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P.

Dalam projek kajian tindakan Kejurulatihan Komputer, kumpulan kami akan menggunakan MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment) sebagai alatan dalam pengajaran kursus. Dalam MOODLE ini sendiri pengguna boleh menambah pelbagai objek pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh pengguna lain dalam komuniti yang menggunakan MOODLE. Sebagai contoh guru atau pensyarah meletakkan bahan-bahan pembelajaran untuk tujuan rujukan dan pembelajaran para pelajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi masing-masing.

    0 comments:

    Post a Comment