7:36 PM

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 2

Tajuk Artikel:
LEARNING OBJECTS, LEARNING DESIGN, AND ADOPTION THROUGH SUCCESSION

Penyelidik:

Martin Weller
The Institute of Educational Technology
The Open University, England

Sumber:

Journal of Computing in Higher Education
Fall 2007, Vol. 19(1), 26-47

Ulasan:


Artikel ini menerangkan konsep objek pembelajaran, manfaat penggunaannya serta isu-isu yang berkaitan. Objek Pembelajaran (OP) lebih fokus kepada kandungan sesuatu subjek pembelajaran manakala spesifikasi Reka Bentuk Pembelajaran (RP) lebih menumpukan kepada aspek pedagogi / pengajaran. Selain boleh diguna semula , kedua-dua pendekatan ini juga menjimatkan kos dan memberi banyak kebaikan.

Objek Pembelajaran

Menurut penyelidik, terdapat pelbagai definisi berkenaan objek pembelajaran dan setiap satunya menunjukkan minat & menyokong penggunaannya (Rehak & Mason, 2003). Bagi pengguna yang mementingkan aspek teknikal berkaitan penyimpanan & manipulasi objek, OP telah membuktikan bahawa ia adalah sangat penting (South & Monson, 2000; Friesen, 2001) manakala bagi yang berminat dalam aspek pendidikan, definisinya lebih tertumpu kepada tingkah laku pembelajaran setiap objek (Duncan, 2003).

Dalam artikel ini, penyelidik mendefinisikan OP sebagai bahan pembelajaran digital yang menunjukkan secara jelas topik atau hasil pembelajaran dan berpotensi untuk diguna semula dalam konteks yang berbeza.

Pembentukan Kursus

Penggunaan OP dalam pelaksanaan kursus sangat berbeza berbanding pelaksanaan secara konvensional yang biasanya berupa kuliah, bengkel, sesi makmal atau penilaian untuk menghabiskan sesuatu topik. Persekitaran pembelajaran yang disokong oleh Moodle juga menekankan kepada pembelajaran sama ada secara kendiri mahupun secara berkumpulan.

Penggunaan OP dapat menjadikan penjadualan kerja lebih fleksibel, memudahkan pengintegrasian bahan daripada penyumbang bahan yang berbeza, dan memberi penekanan kepada proses pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar harus membangunkan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan penemuan dan penerokaan yang dilakukan.

Pengalaman Pelajar

Terdapat 5 isu dalam reka bentuk kursus yang mengaplikasikan OP:

  1.  Kehilangan cerita pendidikan - pelajar tidak terikat untuk datang ke kelas / bebas untuk belajar sendiri. Boleh diatasi dengan cara membuat penilaian. Contoh: Penilaian berasaskan portfolio.
  2.  Memastikan keberkesanan pelajar menguasai kandungan kursus - Contoh: Menggalakkan pelajar mempelajari tentang bahan pembelajaran dan dengan cara menyediakan masa untuk aktiviti, jadi mereka boleh mengatur waktu belajar mereka sendiri.
  3.  Menyeimbangkan interaksi pelajar dengan corak pembelajaran yang fleksibel - penggunaan OP membolehkan para pelajar menguruskan masa dan corak pembelajaran mereka sendiri.
  4.  Menyeimbangkan pelbagai objek dengan keperluan kepada pendekatan bersepadu.
  5.  Membenarkan perkembangan akademik.
 Kandungan Terbuka

Salah satu cara untuk memperluaskan penerimaan OP ialah dengan menggunakan pendekatan kandungan terbuka atau sumber pendidikan terbuka (Open Educational Resources (OER)). Pihak universiti & institusi pengajian tinggi boleh melaksanakannya dengan cara membuka akses kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan bahan akademik tersebut. 


Reka bentuk Pembelajaran


Dalam artikel ini, penyelidik menyenaraikan 3 peringkat reka bentuk pembelajaran iaitu:
  1. Peringkat A - bentuk yang paling mudah & merangkumi semua aktiviti, tugas, tindakan & persekitaran yang digunakan dalam reka bentuk pembelajaran.
  2. Peringkat B - memperkenalkan pengertian ciri-ciri & syarat-syarat. Membenarkan pelbagai kaedah pembelajaran melalui bahan pembelajaran seperti syarat-syarat 'what if' & ciri-ciri lain yang disimpan, cth: prestasi pelajar.
  3. Peringkat C - menyokong sistem penghantaran mesej di antara komponen sistem, iaitu membenarkan 'workflow' yang lebih dinamik serta bersifat individu. 
Selain itu, penyelidik turut menyenaraikan beberapa alasan mengapa adaptasi reka bentuk pembelajaran sangat berfaedah sama ada di peringkat institusi mahupun individu:
  1. Ia menyediakan kaedah di mana Reka bentuk Pembelajaran boleh diguna semula & dikongsi berbanding hanya berkongsi kandungannya sahaja.
  2. Ia boleh bertindak sebagai cara untuk mendapatkan reka bentuk daripada ahli akademik dalam format yang boleh diuji & dikaji semula dengan staf teknikal & staf sokongan. 
  3. Ia membentuk 'audit trail' dalam membuat keputusan reka bentuk akademik.
  4. Ia membantu pelajar-pelajar dalam aktiviti yang kompleks dengan cara memberi panduan kepada mereka melalui turutan aktiviti.
Antara isu lain yang dibangkitkan oleh penyelidik berkisar tentang Objek Pembelajaran & Reka bentuk Pembelajaran ialah menimbangkan teknologi yang diperlukan untuk menyokong kedua-duanya. Objek Pembelajaran memerlukan Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System (CMS)) untuk menyimpan, menyusun, mengurus, dan pakej kandungan. Reka bentuk Pembelajaran pula memerlukan alatan seperti (Learning Activity Management System (LAMS)) atau (Service Based Learning Design System (SLeD)) untuk beroperasi.

Penutup

Dalam artikel kajian ini, kita telah diterangkan dengan konsep Objek Pembelajaran, kelebihannya, & beberapa isu yang terlibat. Walaupun Objek Pembelajaran & Reka bentuk Pembelajaran boleh diguna semula dan menawarkan banyak faedah dari segi kos kualiti, namun penerimaan kedua-dua pendekatan ini masih lagi belum memberi kesan kepada kaedah yang dipraktikkan sehari-hari. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik memberi cadangan situasi ini boleh diubah  melalui proses pertukaran, iaitu pengaplikasian teknologi bagi memudahkan penerimaan pendekatan atau alatan baru.

Dalam artikel ini, penyelidik mencadangkan penggunaan CMS sebagai sistem penyokong kepada Objek Pembelajaran & Reka bentuk Pembelajaran. Dalam kajian tindakan kumpulan kami sendiri, kami menggunakan MOODLE sebagai salah satu Content Management System (CMS) yang boleh digunakan untuk menyimpan, menyusun, mengurus bahan pembelajaran di sekolah. MOODLE adalah singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Ianya merupakan satu sistem pengurusan pempelajaran yang dibangunkan berasaskan kepada asas pedagogi dan teori pembelajaran yang kukuh dikenali sebagai konstruktivis sosial (Social Constructivist). Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar harus membangunkan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan penemuan dan penerokaan yang dilakukan. Persekitaran pembelajaran yang disokong oleh MOODLE juga menekankan kepada pembelajaran (sama ada secara kendiri mahupun secara berkumpulan) menerusi empat fasa kerja yang berikut:

• membina (constructing)
• kolaborasi (collaborating)
• mencipta (creating)
• berkongsi (sharing)

Berdasarkan persekitaran pembelajaran dan juga aktiviti pembelajaran yang disediakan dalam sistem, satu proses pembelajaran yang lebih konstruktif dan aktif dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Ini seterusnya diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mampu membina kefahaman sendiri serta mencipta idea-idea baru tetapi juga tidak menghadapi masalah untuk berkongsi idea dan bekerja dalam kumpulan. Mereka seterusnya diharapkan mampu berkongsi maklumat yang diperoleh dengan golongan yang memerlukannya iaitu masyarakat.


      0 comments:

      Post a Comment