7:36 PM

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 3

Tajuk Artikel:

INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY MUST CONTRIBUTE TO PRODUCTIVITY

Penyelidik:

Michael Molenda

Sumber:

Journal of Computing In Higher Education
Volume 21, Number 1 / April, 2009

Ulasan:

Dalam artikel ini, penyelidik menggesa semua pihak yang terlibat dalam teknologi instruksi di peringkat pengajian tinggi untuk melihat teknologi instruksi sebagai cara untuk meningkatkan produktiviti akademik. Teknologi instruksi digunakan hampir 40 tahun yang lalu untuk menganalisis masalah instruksi dan reka bentuk yang dapat mengurangkan kos serta meningkatkan hasil pembelajaran.

Menurut penyelidik, untuk menilai potensi teknologi instruksi dalam meningkatkan produktiviti di institusi pengajian tinggi, penyelidik menyatakan bahawa kita harus membangkitkan semula isu-isu kecekapan, keberkesanan dan produktiviti (efficiency, effectiveness & productivity).

Definisi Kecekapan

Dalam konteks pendidikan, penyelidik mendefinisikan kecekapan sebagai reka bentuk, pembangunan dan mengendalikan instruksi dalam bentuk yang menggunakan sumber yang minimum bagi mendapatkan hasil yang sama atau lebih baik. Dengan cara menggunakan sumber yang ada, institusi pendidikan akan mendapat faedah kerana dapat mengendalikan lebih banyak program dengan menggunakan sumber yang sama atau penyampaian instruksi yang sama dengan menggunakan hanya sedikit sumber (dengan cara demikian sumber kewangan yang masih ada boleh digunakan untuk menguruskan hal-hal lain). Selain itu, jika terdapat pelbagai institusi yang menawarkan kursus yang sama, kecekapan (efficiency) akan mewujudkan lebih banyak persaingan yang baik. (Molenda and Pershing 2008, p. 59).

Definisi Keberkesanan

Bagi definisi keberkesanan dalam konteks pendidikan, keberkesanan dinilai berdasarkan tahap pencapaian pelajar terhadap matlamat pembelajaran iaitu kolej & universiti menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan oleh para majikan. Dalam konteks sistem pula, penyelidik menyatakan bahawa kecekapan adalah perkara berkaitan dengan input dan bagaimana ia diproses manakala keberkesanan adalah berkaitan dengan output. Kecekapan dibentuk dengan cara melakukan sesuatu dengan betul, dan keberkesanan adalah melakukan sesuatu yang betul. Kecekapan & keberkesanan perlu berjalan seiring. Instruksi yang berkesan adalah sia-sia jika ia tidak dapat memotivasikan atau hanya menjauhkan lagi guru-guru atau pelajar. Begitu juga jika instruksi yang berjaya membuahkan hasil pembelajaran yang dikehendaki tetapi menggunakan sumber yang berlebihan, tidak berlaku tepat pada masa yang dikehendaki & tidak mencapai golongan sasaran juga dikatakan tidak produktif.

Definisi Produktiviti

Sesuatu operasi dikatakan cekap & berkesan jika ia menghasilkan keputusan yang dikehendaki dengan menggunakan kos yang minimum. Produktiviti boleh dilihat melalui:
  1. Menghasilkan kebaikan/hasil dengan menggunakan kos yang minimum.
  2. Meningkatkan kualiti dengan menggunakan kos yang sama banyak.
  3. Memperuntukkan wang yang hanya sedikit untuk mengeluarkan hasil yang berkualiti.
Reka bentuk yang dapat meningkatkan produktiviti

Teknologi instruksi dikatakan dapat meningkatkan produktivit kerana:
  • Teknologi menawarkan penyelesaian
    • gabungan antara teknologi komunikasi & teknologi reka bentuk sistem berinstruksi digunakan sebagai panduan untuk analisis & pembangunan bagi menguruskan sesebuah program/kursus.
  • Teknologi boleh digunakan untuk tujuan analisis
    • Teknologi bagi analisis keperluan & analisis tugas akan disemak semula & diaplikasikan bagi membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan.
  • Teknologi sebagai templat
    • Sistem Instruksi Berbentuk Individu 
      • Ia adalah satu cara untuk menguruskan semua bahan bagi seluruh kursus @ kurikulum. Kandungannya dibahagikan kepada beberapa unit yang berturutan (topik-topik dalam buku teks atau modul khas) yang boleh digunakan oleh pelajar sendiri berdasarkan tahap kemajuan mereka sendiri.
    • Sistem Audio-Tutorial
      • Dalam bentuk rakaman audio.
    • Arahan & tutoran yang diprogramkan
      • Menggunakan pendekatan pengajaran berbantukan komputer.
Berdasarkan subjek kejurulatihan sendiri, terdapat pelbagai ID @ Instructional Design / Reka bentuk Berinstruksi yang boleh diaplikasikan dalam P&P komputer. Rekabentuk Instruksi adalah elemen yang penting diketahui oleh semua guru dan individu yang berhasrat mengajar atau menyediakan bahan pengajaran pembelajaran. Tanpa ilmu dalam RI pengajaran akan berlaku dalam keadaan cuba-jaya, ad hoc tanpa suatu struktur yang mantap. Ini akan mengakibatkan pengajaran dan penghasilan bahan pengajaran tidak berkesan. Antara contoh reka bentuk instruksi tersebut ialah Model ADDIE, Model ASSURE, Rapid Prototyping, Smith & Ragan dll. Setiap satu daripadanya mempunyai kelebihannya masing-masing.



0 comments:

Post a Comment