6:56 PM

Tugasan 2: Ulasan Buku


TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Tajuk Buku:

THE NEW SOURCEBOOK FOR TEACHING REASONING AND PROBLEM SOLVING IN JUNIOR AND SENIOR HIGH SCHOOL

Penulis:

Stephen Krulik & Jesse A. Rudnick

Penerbit:

Allyn and Bacon

Tahun diterbitkan: 1996

Muka surat: 337 halaman


Ulasan:

Buku ini menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh diaplikasikan di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti ini pula dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu Baca dan Fikir, Meneroka dan Merancang, Memilih Strategi, Mencari Jawapan, serta Membuat Refleksi dan Mengembangkan. Bagi setiap bab, terdapat beberapa siri aktiviti dan permainan yang boleh diaplikasikan di dalam kelas bersama-sama dengan pelajar bagi membina kebolehan mereka dengan pelbagai kemahiran. Pendekatan yang digunakan adalah sangat fleksibel di mana guru boleh menggunakan cara mereka sendiri untuk menggunakan bahan yang disediakan semasa mengajar. Selain itu, terdapat juga Koleksi Masalah Bukan Rutin dan Koleksi Masalah Terbuka Yang Memerlukan Tindak balas Tambahan beserta jawapan yang dicadangkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut termasuklah strategi yang berkesan bagaimana untuk menerima dan menilai jawapan kepada masalah yang terbuka (open-ended problems) yang memerlukan pendapat pelajar sendiri.

Secara keseluruhannya, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama. Bahagian pertama mengandungi cadangan untuk mengajar dan menguji pelajar dalam menyelesaikan masalah dan menaakul. Ini dilakukan dengan cara memeriksa setiap komponen heuristik secara mendalam dan menyokong setiap satunya dengan beberapa siri masalah dan aktiviti. Selain itu, aktiviti perbincangan juga fokus kepada penilaian pemahaman pelajar termasuk pemerhatian terhadap sesuatu objek, jurnal metakognitif, petikan artikel, ujian, dan portfolio.  Bahagian kedua buku mengandungi lebih daripada 100 masalah, yang direka oleh penulis bagi menarik minat kanak-kanak dan menyediakan mereka dengan praktikal dalam menyelesaikan masalah dan menaakul. Setiap masalah yang dicadangkan juga akan dibincangkan secara terperinci. Bahagian ketiga buku ini pula mengandungi masalah-masalah yang boleh digunakan dalam penilaian diagnostik penyelesaian masalah dan penaakulan. Berdasarkan apa yang disediakan oleh penulis, buku ini boleh digunakan oleh guru-guru dalam membantu pelajar-pelajar menjadi seorang penyelesai masalah dan penaakul yang lebih baik seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir dan menaakul mereka.




0 comments:

Post a Comment