Tajuk Artikel:
MOVING FORWARD WITH BLENDED LEARNING (BL) AS A PEDAGOGICAL
ALTERNATIVE TO TRADITIONAL CLASSROOM LEARNING
ALTERNATIVE TO TRADITIONAL CLASSROOM LEARNING
Penyelidik:
Hisham Dzakiria, Che Su Mustafa & Hassan Abu Bakar
Faculty of Communication and Modern Languages
Universiti Utara Malaysia
06010, Sintok, Kedah, Malaysia
hisham@uum.edu.my
Faculty of Communication and Modern Languages
Universiti Utara Malaysia
06010, Sintok, Kedah, Malaysia
hisham@uum.edu.my
Sumber:
Malaysian Online Journal of Instructional Technology (MOJIT)
April 2006, Vol. 3, No.1, pp 11-18
ISSN 1823:1144
Ulasan:
Menurut penyelidik, objektif utama kajian ini adalah untuk:
- Untuk mendapatkan pandangan & kefahaman kepada persoalan sama ada BL boleh dijadikan alternatif kepada pendekatan pedagogi,
- Untuk mencirikan perspektif pelajar terhadap pendekatan BL,
- Untuk membina kefahaman tentang halangan & cabaran yang dihadapi oleh pelajar & cara bagaimana mereka berhadapan dengan masalah tersebut
- Untuk membuktikan prinsip di mana BL boleh ditingkatkan dengan persekitaran mikro & makro di sekeliling pelajar
- Untuk menentukan sama ada UUM boleh ditingkatkan & pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa dengan mengaplikasikan BL.
Dalam dunia pendidikan & di Malaysia sendiri terutamanya, terdapat pelbagai
kaedah pembelajaran yang telah diamalkan seperti pembelajaran secara dalam talian,
persidangan secara dalam talian (teleconferencing), Internet, Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBL), Pembelajaran Jarak Jauh Berasaskan Web
(PJJW) serta teknologi-teknologi lain yang digunakan. Semua kaedah ini akhirnya
diberi istilah sebagai "blended learning" (BL). Walaupun istilah tersebut masih agak
baru, tetapi BL telah menjadi senario dalam pembelajaran & kursus-kursus yang
diadakan di Malaysia.
Menurut penyelidik, BL tidak hanya menjadi ikutan tetapi telah berkembang &
semakin popular. Apabila sesuatu institusi membuat sesuatu keputusan yang kritikal
dalam memilih kaedah penyampaian dalam P&P, perlu mempertimbangkan
pelbagai faktor. Perkara utama yang dibincangkan dalam artikel ini ialah
berkaitan dengan keperluan untuk memahami pelajar sebagai klien pendidikan
yang utama, perspektif & pengalaman mereka, juga mekanisme sokongan
pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Dalam artikel ini, penyelidik melaporkan pengalaman sekumpulan kecil pelajar
siswazah yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana &
doktor falsafah (Ph.D) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia.

Dalam artikel ini, penyelidik membincangkan konsep pembelajaran seperti mana yang
dijelaskan oleh pelajar, ini termasuklah cerita, pengalaman & perspektif mereka
terhadap pengalaman pembelajaran sepanjang bergelar siswazah di UUM. Selain itu,
artikel ini turut melihat kepada BL & apa yang melibatkan pelajar-pelajar. Hasil penemuan ini, penyelidik telah membuat kesimpulan berkenaan peranan
sokongan pembelajaran bagi memudahkan BL & keperluan bagi proses menyediakan
pengalaman & hasil pembelajaran yang lebih baik di UUM. Penyelidik juga ada
menyediakan beberapa cadangan & perbincangan terhadap aplikasi kerangka
BL secara meluas & kesediaan pelajar UUM dalam pelaksanaannya.
Menurut penyelidik, Driscoll menyenaraikan 4 konsep yang berbeza terhadap
istilah "blended learning" (BL) iaitu:
istilah "blended learning" (BL) iaitu:
- Menggabungkan @ mencampurkan teknologi berasaskan web untuk menyempurnakan matlamat pendidikan
- Menggabungkan pendekatan pedagogi untuk menghasilkan hasil pembelajaran yang optimum dengan/tanpa teknologi instruksi
- Menggabungkan sebarang bentuk teknologi dengan program yang dikendalikan secara bersemuka @ 'face-to-face'
- Menggabungkan teknologi instruksi dengan tugas yang sebenar,
BL boleh dalam bentuk bersemuka @ face-to-face (f2f), mesyuarat, e-pembelajaran,
e-portal, e-mail, kajian kes, pembelajaran berasaskan masalah, kajian bebas &
Pembelajaran Urus Kendiri (Self Managed Learning).
e-portal, e-mail, kajian kes, pembelajaran berasaskan masalah, kajian bebas &
Pembelajaran Urus Kendiri (Self Managed Learning).
KENAPA BLENDED LEARNING?
Dalam artikel ini, penyelidik fokus kepada isu penyampaian BL yang berbantukan
multimedia. Menurut penyelidik, dalam isu ini, beberapa faktor perlu dipertimbangkan
antaranya, reka bentuk bahan-bahan, motif pembelajaran, sikap & pengalaman
pembangun & pengajar program serta pelajar itu sendiri terhadap alatan
berasaskan web dan sistem sokongan. Penggunaan BL boleh memberi peluang
kepada pensyarah & pelajar untuk berinteraksi & berbincang melalui
perbualan secara serentak @ tidak (synchronous @ asynchronous) @ persidangan
video.

PANDANGAN PELAJAR TERHADAP BLENDED LEARNING
Dalam kajian ini, penyelidik mengkelaskan pandangan pelajar-pelajar kepada 3 tema iaitu:
1) Persepsi pelajar terhadap interaksi akademik
a) Sesetengah pelajar yang ditemubual berpendapat bahawa kaedah penyampaian
pelajaran selain f2f, kadang-kadang tidak dapat diterima oleh pelajar. Salah satu alasannya,
mereka tidak mendapat respon / maklumbalas segera daripada pengajar terhadap soalan
@ masalah yang mereka hadapi.
2) Terlibat dalam kaedah baru pembelajaran
a) Kebanyakan pelajar berpendapat cara mereka belajar semasa pra-siswazah sangat
berbeza dengan apa yang mereka lalui di peringkat siswazah & mereka perlu menyesuaikan
diri dengan pelbagai kaedah P&P yang baru, jika tidak mereka akan ketinggalan dalam
kursus yang mereka ikuti.
3) Persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi pendidikan
a) Kebanyakan pelajar berpendapat mereka perlu dilengkapkan dengan kemahiran
teknologi seperti komputer terlebih dahulu sebelum menggunakan teknologi dalam
kursus pengajian mereka.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini, kita boleh
membuat kesimpulan & menyenaraikan beberapa pendekatan yang boleh dijadikan
panduan bagi melaksanakan "Blended Learning (BL)" di Malaysia. Antaranya ialah:
- Pembelajaran berpandukan kemahiran, yang menggabungkan pembelajaran urus kendiri dengan cara pengajar @ fasilitator memberi sokongan untuk membina pengetahuan @ kemahiran tertentu
- Pembelajaran berpandukan sikap, yang mencampurkan pelbagai cara & media penyampaian bagi membina tingkah laku yang dikendaki
- Pembelajaran berpandukan kecekapan, yang menggabungkan alatan sokongan pencapaian dengan pengetahuan pengurusan sumber & penyeliaan bagi membina kecekapan di tempat kerja.
Sesuatu program "Blended Learning (BL)" seharusnya dapat memenuhi pelbagai
keperluan kebanyakan pelajar.
0 comments:
Post a Comment